Semalam merupakan hari terakhir aku berintern di Esmology Sdn Bhd, sebuah syarikat yang main businessnya ialah offshore company formation dan minor businessnya e-commerce dan web development. Aku terlibat sepenuhnya dengan e-commerce dan web development.
Pengalaman berintern memang tidak dapat dilupakan. Walaupun aku keseorangan berintern sedangkan rakan-rakan lain berkumpul di KLCC, tapi aku puas hati sebab memang aku banyak belajar technical skill sepanjang 8 bulan ini. Cuma apa yang lacking di sini ialah, aku tak dapat merasai work environment, leadership dan teamwork.
Masa bekerja aku dari pukul 11 pagi hingga 7 mlm. Dengan hanya 5 staff di office, mungkin agak bosan sebab mereka mempunya team di USA, Hong Kong dan Switzerland. Jadi, di Malaysia staff hanya terdiri daripada trainee. Kami tidak dapat merasai suasana leadership di sini.
Walau apapun, semalam aku diraikan. Mereka appreciate juga aku sebagai trainee. Aku ucapkan terima kasih. Satu lagi, aku dapat full allowance untuk bulan ni, sedangkan aku hanya kerja untuk satu minggu. Aku juga ditawarkan part time job untuk setahun sebelum tamat belajar dan selepas setahun, aku ada 6 bulan masa menganggur sebelum graduation. Meraka offer a placement untuk aku bekerja dengan mereka selama 6 bulan. Mereka inginkan aku bekerja terus di sana, tapi aku terikat dengan kontrak Petronas.
Aku boleh dikatakan agak lega sekarang sebab aku sebenarnya hanya nak buktikan kepada mak aku yang IT student tak akan menganggur jika ada technical skill. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu untuk buktikan pada mak aku.











January 16, 2008 @ 9:08 pm
Hi, saya ada tinggalkan msg di ym anda berkenaan xoops. Boleh msg saya kembali? Terima Kasih.