Sudah lama tak pos. Kenapa? Saya dalam usaha menaiktaraf site nie supaya lebih banyak fungsi.
Buat masa ini, saya jalankan satu hack untuk ’simplified url′. Kalau anda pernah gunakan Xoops,
anda boleh lihat setiap module yang digunakan akan berada pada direktori /modules/. Sebagai
contoh, module Wordpress, http://www.erzwan.com/modules/wordpress/. URL ini dari segi SEO
sedikit tidak power. Jadi apa yang saya buat? Saya simplified URL tu dari http://www.erzwan.com/modules/wordpress/ kepada http://www.erzwan.com/wordpress-index.htm. Ianya lebih SEO-friendly.
Tapi ada juga problem untuk sesetengah module. Sebagai contoh, saya tak boleh apply hack ni untuk modul Downloads (Wfdownloads), dan Weblinks. Hacks ini cuma melibatkan ‘user side script’ sahaja, ‘admin side’ tak disentuh. Jadi module Downloads dan Weblinks melibatkan ‘Submission’. Ia mendatangkan sedikit masalah. Jadi saya exclude dua
modul ni dari menerima hack.
Sangat mengejutkan, modul Gallery pulak buat hal. Walaupun saya sudah exclude dari menerima hack, script tu tak boleh detect. Jadi saya buat keputusan untuk bertukar modul Gallery dari extGallery kepada xcGallery (menggunakan engin Coppermine).
Cuba apply hack simplified URL kepada modul Gallery baru, ingatkan dah berjaya tapi still ada juga bug. Untuk display one-by-one image, modul ini menggunakan Javascript. Jadi, saya excludekan juga modul ni dari menerima hack.
Jadi, setakat ini saya berpuas hati. Esok ada presentation dantest. Lom study lagi. Hahaha. Padan muka.
Pos akan datang, saya akan tunjukkan step-by-step macam mana nak apply hack ni jika anda menggunakan Xoops. Agak sukar jugalah sebab hack ni dibuat oleh Suin, seorang Jepun. Saya kena translate Readme dia dari bahasa Jepun kepada English mennggunakan Babel Fish.










