Lepas hampir seminggu saya menggunakan tema baru ini (Vista + iMac), saya agak hairan kenapa tiada pengguna mendaftar. Apa silapnya dengan tema baru ni. Sedangkan tema baru ni Firefox dan IE compatible. Akhirnya saya tahu mengapa tiada pengguna mendaftar, sebab mereka tak mampu untuk mendaftar. Lucu kan? Mereka tak boleh klik butang ‘Submit’ untuk mendaftar kerana dihalang ‘fisheye effect’ pada bahagian bawah site ini.
Semasa mula-mula implement effect ni, saya terlalu excited dan tidak hiraukan effect tersebut membawa masalah lain.

