You are browsing UniLife
3 Semester = 3 Hari

Minggu ni boleh dikatakan minggu yang memeritkan. Kenapa 3 semester = 3 hari? Begini al-kisahnya.

Hari Selasa lepas macam biasa aku pegi jumpa supervisor FYP aku untuk consultation tapi bertukar kepada cerita lain. Ada sorang budak nie 3 semester lepas kena buat satu portal untuk PETRONITA Perak sebagai FYP dia dan aku boleh katakan meman senang la sebab requirement dia memang basic. Tapi malangnya mamat tu tak dapat deliver kerja dia sebab dia buat localhost and desktop dia tu crash. Site tu sebenarnya sudahpun copy dalam CD masa dia submit final report FYP tapi malangnya database/sql yang diberikan tidak seperti yang dijangkakan. Mamat tu just copy folder phpMyAdmin dan folder mySQL. Aku pening kepala macam mana nak configure connection dengan database. Mamat ni buat guna Joomla!. Sepatutnya, dia guna function Export/Import yang ada dalam phpMyAdmin dan sava as .sql. Lagi senang.

Nak dijadikan cerita, aku kena siapkan portal ni for sake of my supervisor sebab dia nak present hari Jumaat (3 hari lepas tu). So, dia bagi semua functionalities dan content apa nak dimasukkan. Aku buat la start hari Selasa malam Rabu and semua ready dalam localhost hari Rabu pagi. Petang Rabu tu, aku gi present kat dia n dia puas hari (okla kerja satu hari).

Hari Khamis pagi, aku pergi jumpa dia sekali lagi, beli domain dan hosting. Pastu terus FTP semua files and folders kat bilik dia sebab bilik lecturer je port 21 tak kena block. Agak lama gak la nak upload semua sebab banyak gambar yang nak diupload.

Hari Jumaat pagi, aku configure site tu and the site up and running. Boleh view kat http://www.petronita-perak.com

Site ni memang simple dan aku macam tak percaya yang mamat yang sepatutnya deliver portal ni dah drag sampai 3 semester sedangkan walaupun crash, aku rasa boleh je masukkan content baru. Bukan banyak pun and aku conclude budak tu tak biasa dengan web development.

Haluan Masing-masing

Sudah masuk minggu ketiga semester baru ni. Semua membawa haluan masing-masing. Satu je subjek core, Distributed Computing yang kitaorang bebudak ICT satu batch boleh kumpul. Nape aku cakap bawa haluan masing-masing? Masing-masing ada major dan minor masing-masing. Ada juga yang tak buat monir just buat elektif. Salah satunya, aku sendiri.

Benudak IT ni ada pilihan sama ada nak buat Corporate atau Digital? Aku amek keputusan nak buat Digital sebab nak elakkan memorizing kalau amek Corporate. Tapi lepas satu sem, aku tak boleh nak cope dengan Digital, akhirnya aku amek keputusan amek subjek Major BIS cam ABAP dengan e-Commerce.

Sambung Belajar

Ya, aku dah masuk sambung belajar balik lepas habis internship. Waduh, letih bekerja tak habis lagi. Nak kena hantar weekly dan final report lagi.

Setiap semester, macam biasa mesti 6 subjek kena ambil. Cuma yang berbeza, 3 daripada 6 tu subjek major. Kena study lebih ni. Tambahan pula kena buat Final Year Project. Tajuk dah dapat dari lecturer yang datang evaluate aku time oral presentation untuk internship. Disebabkan bidang yang aku buat intern berkait rapat dengan web development, dia bagi satu tajuk untuk web based project + berkaitan dengan health. Memang membuatkan aku gembira sebab aku baru je terima satu projek untuk buat site Ministry of Health (MOH) sebagai programmer.

Macam mana aku dapat project tu? Ada dua sebab. Pertama, sebab aku pernah terlibat dengan development untuk site JPS. Dan kedua aku pengguna Xoops. Pihak MOH mahu satu site menggunakan Xoops kerana adminstration Xoops ni senang nak dikendalikan. Jadi, inilah oppurtunity aku nak cari duit lebih.

Nampak gayanya bertambah perlahanlah updates site ni. Aku harap maaf semua.

Tamatlah Intern

Semalam merupakan hari terakhir aku berintern di Esmology Sdn Bhd, sebuah syarikat yang main businessnya ialah offshore company formation dan minor businessnya e-commerce dan web development. Aku terlibat sepenuhnya dengan e-commerce dan web development.

Pengalaman berintern memang tidak dapat dilupakan. Walaupun aku keseorangan berintern sedangkan rakan-rakan lain berkumpul di KLCC, tapi aku puas hati sebab memang aku banyak belajar technical skill sepanjang 8 bulan ini. Cuma apa yang lacking di sini ialah, aku tak dapat merasai work environment, leadership dan teamwork.

Masa bekerja aku dari pukul 11 pagi hingga 7 mlm. Dengan hanya 5 staff di office, mungkin agak bosan sebab mereka mempunya team di USA, Hong Kong dan Switzerland. Jadi, di Malaysia staff hanya terdiri daripada trainee. Kami tidak dapat merasai suasana leadership di sini.

Walau apapun, semalam aku diraikan. Mereka appreciate juga aku sebagai trainee. Aku ucapkan terima kasih. Satu lagi, aku dapat full allowance untuk bulan ni, sedangkan aku hanya kerja untuk satu minggu. Aku juga ditawarkan part time job untuk setahun sebelum tamat belajar dan selepas setahun, aku ada 6 bulan masa menganggur sebelum graduation. Meraka offer a placement untuk aku bekerja dengan mereka selama 6 bulan. Mereka inginkan aku bekerja terus di sana, tapi aku terikat dengan kontrak Petronas.

Aku boleh dikatakan agak lega sekarang sebab aku sebenarnya hanya nak buktikan kepada mak aku yang IT student tak akan menganggur jika ada technical skill. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu untuk buktikan pada mak aku.

Top 10 dead (or dying) & Top 12 Demand Computer Skills

Dying Computer Skill

1. Cobol

2. Nonrelational DBMS

3. Non-IP networks

4. cc:Mail

5. ColdFusion

6. C programming

7. PowerBuilder

8. Certified NetWare Engineers

9. PC network administrators

10. OS/2


Demand Computer Skills

1) Machine learning

2) Mobilizing applications

3) Wireless networking

4) Human-computer interface

5) Project management

6) General networking skills

7) Network convergence technicians

8) Open-source programming

9) Business intelligence systems

10) Embedded security

11) Digital home technology integration

12) .Net, C #, C ++, Java — with an edge

My vCard


opy_12.png);">