You are browsing Uncategorized
Pulau Batu Putih Milik Singapore, Middle Rocks Dapat Kat Malaysia

Info yg agak lengkap utk dikongsi bersama~

- bahawa Singapura memiliki Pulau Batu Puteh
- bahawa Malaysia memiliki Middle Rocks
- bahawa South Ledge dimiliki negara yang wilayahnya merangkumi pulau tersebut (pada waktu air surut) - Pulau batuan ini hanya timbul pada waktu air surut

Krisis antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam membuat tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih seluas 0.2 hektar yang sebesar dua padang bola sepak itu adalah krisis yang memakan masa hampir 28 tahun.

Selama itu jugalah kedua-dua jiran ini bertegang urat dan leher dan sampai satu masa yang tegang bila mana dikhabarkan kedua-dua negara hampir berperang kerana adanya dakwaan pencerobohan.

Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dalam perairan laut wilayahnya. Manakala jarak Pulau Batu Puteh ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebih dari 12 batu nautika. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor.

Pihak Singapura pula hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut.

Alasan Malaysia berdiam diri

Singapura banyak berhujah tentang sikap kerajaan dan rakyat Malaysia yang berdiam diri. Taktik ‘pengantin perempuan Melayu’ ini digunakan oleh Singapura secara habis-habisan. Rakyat dan kerajaan yang bersuara dan membantah dianggap mendapat hak yang lebih. Sebelum 1979 memang Malaysia tidak pernah ‘berdetik’ tentang pembinaan dan pentadbiran Rumah Api Horsburgh ini.

Oleh kerana Malaysia sebagai ‘anak tiri’ British yang pasif sedangkan Singapura ‘anak angkat’ British yang agresif, Singapura mendakwa berhak menjadi pewaris sah pulau-pulau peningalan Empayar British itu. Dalam sistem demokrasi Barat, kumpulan yang banyak bersuara akan mendapat lebih banyak.

Setakat pacak dan mengibarkan bendera tidaklah bermasalah sangat bagi Malaysia. Empayar British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris pernah mengibarkan bendera mereka. Singapura juga mengibarkan bendera Singapura di pulau Batu Putih. Malaysia juga pernah mengibarkan bendera Malaysia di Woodland, Singapura dan di stesen keretapi Tanjung Pagar.

Alasan pentadbiran Rumah Api Horsburgh

Rumah api yang khusus untuk membantu pelayaran kapal dagang di Pulau Batu Puteh tidak diperlukan pada zaman Melaka atau zaman kerajaan Johor-Riau. Tetapi rumah api Tanjung Tuan di sempadan Melaka-Negeri Sembilan telah wujud sekian lama untuk membantu kapal berlabuh di Pelabuhan Melaka. Bukit Melaka (Bukit St. Paul) sendiri mempunyai ‘rumah api’.

Kerajaan Portugis dan Belanda di Melaka tidak pernah membina rumah api di Pulau Batu Puteh. Istilah ‘Pedra Branca’ merupakan istilah Portugis kerana ahli pelayaran Portugis memang aktif dan bijak dalam aktiviti pemetaan / kartografi seluruh dunia.

Hanya kerajaan Negeri-negeri Selat yang merasakan keperluan membina rumah api di Pulau Batu Puteh mulai 1847. Banyaknya kemalangan kapal dagang dan aktiviti lanun yang berleluasa di kawasan itu memerlukan sebuah rumah api dibina. Jika tidak lebih banyak kapal dagang akan terlanggar batu karang sekitar Pulau Batu Puteh.

Alasan empayar

Jelas sekali Portugis, Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Puteh. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti, dokumen, surat-menyurat, pentadbiran pulau itu oleh Empayar British.

Secara analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau, Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Alasan jarak

Daratan yang paling dekat Pulau Batu Puteh / Pedra Branca ialah Johor, Malaysia. Jaraknya hanya 7 km. Sedangkan jarak dengan Singapura 22 batu nautika.

Terra Nullius

Terra Nullius ialah tempat tidak dituntut oleh negara berdaulat yang disahkan oleh kuasa Barat - “unclaimed by a sovereign state recognized by European powers”. Terra nullius. Singapura menyatakan Pulau Batu Puteh seluas padang bola sepak itu tidak berpenghuni, rakyat Malaysia tidak menghuni pulau itu sejak sekian lama. Oleh itu Singapura berhak menuntut pulau itu.

Sebaliknya Malaysia mendakwa pulau itu bukanlah terra nullius. [5]Ini kerana pulau itu menjadi tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun . Malah perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia , Johor. Jika mereka tidak berlindung di Pulau Batu Puteh, bot nelayan akan hanyut ke Pulau Bintan, Indonesia untuk mendapatkan sebarang bantuan, tentunya lebih sukar.

Pada 1621 dalam carta ahli pelayaran China, Wubei Zhi mencatatkan saudagar China menamakan pulau ini sebagai ‘Pia Chiao’. Ini menunjukkan pulau ini penting dan bukanlah Terra Nullius.

Artikel 1843 ada menyatakan kegiatan lanun yang merujuk kepada Batu Puteh. Begitu juga peta 1928, jelas sekali dinamakan sebagai ‘Batu Puteh’.

Saiz pulau itu amat kecil untuk Malaysia menjalankan aktiviti bagi menyaingi aktiviti Singapura. Separuh dari pulau itu telah dipenuhi dengan rumah api dan kemudahan sampingan. Adakah Malaysia perlu membina sebuah lagi rumah api di situ sebagaimana kehendak Singapura?

Ini yg sempat aku extract.. ade lagi criter2 die, tapi point ni aku rase yg agak bagus utk di fahami kenape perebutan ini berlaku. kalah kepada singapore laa kite nih… nasib Iskandar Malaysia bagaimana selepas ini???

Test Claim Technorati

Technorati Profile

T-shirt Wi-Fi Detector

Aku masuk site ImpressCMS.org sebab ada release baru. Bila nak download dari Sourceforge.net ternampak iklan menarik, Wi-Fi Detector Shirt. Aku copy paste je lah, dah ngantuk. Detail leh dapat kat sini - http://www.thinkgeek.com/tshirts/illuminated/991e/?cpg=17365
ThinkGeek :: Stuff for Smart Masses

WiFi Detector Shirt at ThinkGeek ThinkGeek Wi-Fi Detector Shirt
$29.99

Here at ThinkGeek we’re pretty lazy when it comes to technology. We expect our gadgets to do all the busywork while we focus on the high level important tasks like reading blogs and downloading from Sourcforge. That’s why we hate to have to crack open our laptops just to see if there is any wi-fi internet access about.

But now thanks to the ingenious ThinkGeek robot monkeys, you can display the current wi-fi signal strength to yourself and everyone around you with this stylish Wi-Fi Detector Shirt. The glowing bars on the front of the shirt dynamically change as the surrounding wi-fi signal strength fluctuates. Finally you can get the attention you deserve as others bow to you as their reverential wi-fi god, while geeky chicks swoon at your presence. You can thank us later.

Setem Hasil

Pos ni saya dah draft lama tapi tak berkesempatan nak publish sebab terlalu busy dengan test dan assignment. Mlm ni sepatutnya naik bas balik ke Kelantan, tapi driver bus takut  kena pukul sebab bawak pengundi hantu. Haih… geram ni. Satu vote aku dah melepas.

Apabila Pengawai Pengurus Pilihan raya bagi Parlimen Titiwangsa enggan memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah terdapat “sesuatu isu” tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu.

Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan.

Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon BN, Dato’ Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas pencalonannya.

Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena.

Maknanya, borang itu tiada duti stem yang boleh membawa kepada kertas pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 Februari 2008).

Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga ditangani penuh prajudis.

PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN dijelaskan melalui sekeping cek.

Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan tersebut.

Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu.

Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek.

Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka tiada penghantaran produk dilakukan.

Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar sekelip mata.

Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit itu dibayar menggunakan bank draf.

Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut.

Di manakah nilainya sebuah “bantahan” jika si pembantah tidak dapat mempastikan hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah.

Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang semudah itu?

Inilah satu lagi “ketololan” Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan bebas yang tidak bebas ini!

Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka.

Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini katanya, kehendak perundangan!

Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak “gila” maka Dr. Lo’ Lo’ Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut diistihar menang tanpa bertanding.

Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu.

Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu.

Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula mengeluarkannya? Lakukah surat itu?

Ini persoalan baru di sebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih banyak “nyawa calon” dari BN jika ia terus dilaksanakan.

BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan.

Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat!

Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN yang tidak berdutisetem.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan “gila” oleh Mahfuz Omar… Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang “tidak kena” sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN.

Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik mengisi kepentingan tuannya dari BN!

New Way to Get Traffic

Have you ever heard about StumbleUpon? It is one of the best Social Networking site available out there that use to expose your new website or new post/content of your website/blog. But, doing this all by yourself it quite boring and suspicoiusly dangerous and detectable by StumbleUpon.

I just found a new website that offers free stumble exchanges system but by now they doesn’t offer any registration but you can get it one by invitation.

Here is the prove screenshot fro my Google Analytics that I make some traffic using this system for last two weeks.2008-02-28_010710.gif

This stats is for my anime website - http://www.animedownloadonline.com

If you interested, you can e-mail me to get invitation. shamsul [at] erzwan.com

My vCard


opy_12.png);">