Sebelum ini saya memang rekemen Foxit Reader kepada sesiapa pun bukan sebab ianya percuma, tetapi bolehkan anda jumpa PDF reader yang mampu buka dokumen PDF dalam masa kurang 3 saat? Apabila anda cuba buka dokumen PDF, sudah pasti anda berdepan masalah menunggu dokumen tersebut untuk load, dan sebab itulah saya Adobe Acrobat menjadi pilihan terakhir saya apabila ada bertanyakan tentang PDF.
Saya tahu anda berdepan masalah dengan ‘printing’ apabila menggunakan Foxit, dan hari ini saya akan memperkenalkan satu PDF reader yang mungkin membantu menyelesaikan masalaha anda. PDF-XChange Viewer ada semua ciri-ciri yang anda inginkan dari PDF reader yang terbaik, hinggalah ciri-ciri yang anda hanya mampu dapatkan pada Foxit berbayar!
Saya pasti anda tentu tertanya-tanya apa fungsi yang tidak ada dalam Foxit. Sudahkan anda jumpa fungsi ’sticky note’ atau taip teks ke dalam PDF menggunakan Foxit? Jika anda sudah cuba, anda akan dapati satu ‘warning’ yang mengatakan "evaluation mark" akan dimasukkan ke dalam dokumen untuk menyatakan bahawa anda tidak lagi membeli perisian ini. Dengan PDF-XChange Viewer anda boleh melukis, masukkan nota, taip teks dan banyak lagi:
KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Tetapi sudah pasti ada isu kelajuan load, kan? Pertama sekali, kita ketepikan Acrobat sebab load terlau slow. Jangan risau, anda tidak korbankan kelajuan untuk dapatkan ciri-ciri tambahan ini. Saya test, dan ianya mungkin 1 saat lebih perlahan berbanding Foxit. Hanya satu sahaja yang saya tak suka, ’splash screen’, tapi anda boleh ‘disable’ dalam ‘options’ untuk mendapatkan kepantasan maksimum.
Fungsi tab juga bagus jika anda mahu buka banyak PDF dalam satu masa. PDF-XChange Viewer mempunyai fungsi seakan-akan Internet Explorer 7 di mana anda boleh lihat semua dokumenyang terbuka dalam versi ‘grid’. Ia akan memaparkan satu ‘thumbnail’ untuk setiap dokumen, memudahkan anda mengenalpasti setiap dokumen.
Sudahkan saya bagitau dari segi grafik? Sudah tentu perisian ini lebih lawa berbanding Foxit jika nak dibandingkan dari segi grafik.
Untuk masa sekarang, saya akan beralih angin dari Foxit. ia nampak lebih kemas, fungsi tambahan dan kepantasan hanpir sama dengan Foxit. Saya sukakan perisian ini dan saya rasa anda mungkin bersetuju dengan saya juga.
PDF-XChange Viewer