Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.
RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam.
Saya merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.
RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu.










