You are browsing Internet Browser
Tiada WGA Validation untuk Microsoft IE 7

Apa cerita ni beb? Microsoft ada release build baru Internet Explorer 7 yang anda anda tidak perlu lalui validasi (validate) Windows anda sebagai Genuine. IE7 yang baru ini untuk Windows XPSP2, x64 Server dan Windows Server 2003.

Sekarang, sesapa yang guna Windows XP pirate, dah boleh install IE7. Jadi, saya terfikir. Adakah Microsoft berbuat demikian disebabkan nak counter perkembangan populariti alternatif browser lain seperti Firefox dan Opera?

Versi ini hanya satu kemaskini (update) bukan versi baru IE. Selain tiada WGA validation requirement, Microsoft juga ada lakukan perubahan kecil pada IE.

Sebagai contoh, bar Menu akan terbuka secara default dan ‘online Internet Explorer 7 tour’ telah dikemaskini dan dimasukkan ‘how-to's on new IE’ seperti fungsi tabbed browsing.

Anda boleh muat turun Windows Internet Explorer 7 untuk Windows XP SP2 di sini.

Pengguna Genuine Windows, yang sudah ada IE7, tidak perlu berbuat apa-apa selain muat turun kemaskini baru untuk IE7 di sini yang boleh membantu anda meyelesaikan isu ‘performance’ dengan ‘Phishing Filter’.

Berakhirlah hayat Firefox 1.5

Setiap yang bagus itu akan ada penghujungnya. Begitu juga dengan nasib Firefox 1.5, Mozilla tidak lagi ’support’ versi ini kerana Firefox 2.0 sudah lama ada di pasaran. Mereka sudahpun ingatkan pengguna 1.5 untuk beralih ke 2.0. Jika anda masih menggunakan 1.5, sudah tiban masanya anda beralih ke 2.0. Tambahan pula kebanyakan addons dan tema untuk 2.0.

Mozilla bercadang akan berhenti support 1.5 bulan depan.

Swiftfox - Open Source Browser

Swiftfox merupakan Firefox-based browser, tapiada satu perbezaan yang cukup besar antara mereka — anda tidak boleh kongsi/share Swiftfox kepada kawan anda ataupun letakkan dalam ‘repository’ untuk mana-mana ‘Linux distribution ‘ kerana sudah dinyatakan dalam ‘Swiftfox license’, anda tidak dibenarkan untuk ‘repackaging’ dan ‘redistribution’.

Jadi, macam mana nak muat turun? Anda hanya dibenarkan muat turun terus dari website Swiftfox. Lain-lain cara, tak boleh. Menyusahkan jugak.

Del.icio.us Perhebat Bookmarks Extension untuk Firefox

Blog del.icio.us mengumumkan satu naik taraf terhadap extension Firefox mereka yang membolehkan pengguna borkmark halaman website dengan lebih mudah. Perubahan yang dilakukan termasuklah:

  • Search dan browse bookmark anda terus dari Firefox
  • Edit bookmark anda menggunakan Firefox
  • Pilih tag apa untuk dipaparkan pada toolbar Firefox

Untuk aksi penuh untuk Frefox del.ico.us extension sila ke quick tour.

Recommended Add-On untuk Firefox

Terdapat hampir 2,200 extension untuk Firefox. Mozilla senaraikan 24 recommended add-on untuk Firefox. Bulan lepas, Mike Shaver, Mozilla’s technology strategist, berkata senarai ini disediakan untuk beginner yang kemungkinan besar terfikir-fikir extension mana yang sesuai untuk digunakan. Antaranya ialah Download StatusBar, Web DEveloper, Answer dan banyak lagi.

(more…)

My vCard


opy_12.png);">