3 Semester = 3 Hari

Minggu ni boleh dikatakan minggu yang memeritkan. Kenapa 3 semester = 3 hari? Begini al-kisahnya.

Hari Selasa lepas macam biasa aku pegi jumpa supervisor FYP aku untuk consultation tapi bertukar kepada cerita lain. Ada sorang budak nie 3 semester lepas kena buat satu portal untuk PETRONITA Perak sebagai FYP dia dan aku boleh katakan meman senang la sebab requirement dia memang basic. Tapi malangnya mamat tu tak dapat deliver kerja dia sebab dia buat localhost and desktop dia tu crash. Site tu sebenarnya sudahpun copy dalam CD masa dia submit final report FYP tapi malangnya database/sql yang diberikan tidak seperti yang dijangkakan. Mamat tu just copy folder phpMyAdmin dan folder mySQL. Aku pening kepala macam mana nak configure connection dengan database. Mamat ni buat guna Joomla!. Sepatutnya, dia guna function Export/Import yang ada dalam phpMyAdmin dan sava as .sql. Lagi senang.

Nak dijadikan cerita, aku kena siapkan portal ni for sake of my supervisor sebab dia nak present hari Jumaat (3 hari lepas tu). So, dia bagi semua functionalities dan content apa nak dimasukkan. Aku buat la start hari Selasa malam Rabu and semua ready dalam localhost hari Rabu pagi. Petang Rabu tu, aku gi present kat dia n dia puas hari (okla kerja satu hari).

Hari Khamis pagi, aku pergi jumpa dia sekali lagi, beli domain dan hosting. Pastu terus FTP semua files and folders kat bilik dia sebab bilik lecturer je port 21 tak kena block. Agak lama gak la nak upload semua sebab banyak gambar yang nak diupload.

Hari Jumaat pagi, aku configure site tu and the site up and running. Boleh view kat http://www.petronita-perak.com

Site ni memang simple dan aku macam tak percaya yang mamat yang sepatutnya deliver portal ni dah drag sampai 3 semester sedangkan walaupun crash, aku rasa boleh je masukkan content baru. Bukan banyak pun and aku conclude budak tu tak biasa dengan web development.

Leave a comment

My vCard


opy_12.png);">