You are browsing February, 2008
New Way to Get Traffic

Have you ever heard about StumbleUpon? It is one of the best Social Networking site available out there that use to expose your new website or new post/content of your website/blog. But, doing this all by yourself it quite boring and suspicoiusly dangerous and detectable by StumbleUpon.

I just found a new website that offers free stumble exchanges system but by now they doesn’t offer any registration but you can get it one by invitation.

Here is the prove screenshot fro my Google Analytics that I make some traffic using this system for last two weeks.2008-02-28_010710.gif

This stats is for my anime website - http://www.animedownloadonline.com

If you interested, you can e-mail me to get invitation. shamsul [at] erzwan.com

Pengundi Hantu

Kalau sebelum ini aku ada dapat forward message dari YM yang memberikan senarai No K/P yg bermula 86xxxx-xx-xxxx dan dinyatakan tahun lahir bersamaan 1886. Okla, mungkin typo error. Sepatutnya 1986. Ak boleh terima lagi.

Tapi kali ini No K/P berkepala 89xxxx-xx-xxxx yang hanya berumur 19 tahun, sudah layak untuk mengundi + typo error sekali lagi pada tahun lahir, 1889. Pngundi yang dikatakan ‘hantu junior’ itu beralamat di Kampung Seberang Batu Hampar Pekan Rembau di bawah Dun Chembong manakala Parlimen pula Rembau.

Berikut maklumat pengundi yang diperolehi dari laman web SPR :

Kad Pengenalan : 890211050014 / 1307762
Nama : SAFIAH BINTI UJANG
Tahun Lahir : 1889
Jantina : P
Lokaliti : 131 / 26 / 08 / 001 - KG SEBERANG BATU HAMPAR
Daerah Mengundi : 131 / 26 / 08 - PEKAN REMBAU
DUN : 131 / 26 - CHEMBONG
Parlimen : 131 - REMBAU
Negeri : NEGERI SEMBILAN
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU
Saluran : 1
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1
Ini bermakna, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan bertanding di Parlimen Rembau jika menang sekalipun mungkin undinya akan ditampung dengan pengundi hantu junior’ itu.

3 Semester = 3 Hari

Minggu ni boleh dikatakan minggu yang memeritkan. Kenapa 3 semester = 3 hari? Begini al-kisahnya.

Hari Selasa lepas macam biasa aku pegi jumpa supervisor FYP aku untuk consultation tapi bertukar kepada cerita lain. Ada sorang budak nie 3 semester lepas kena buat satu portal untuk PETRONITA Perak sebagai FYP dia dan aku boleh katakan meman senang la sebab requirement dia memang basic. Tapi malangnya mamat tu tak dapat deliver kerja dia sebab dia buat localhost and desktop dia tu crash. Site tu sebenarnya sudahpun copy dalam CD masa dia submit final report FYP tapi malangnya database/sql yang diberikan tidak seperti yang dijangkakan. Mamat tu just copy folder phpMyAdmin dan folder mySQL. Aku pening kepala macam mana nak configure connection dengan database. Mamat ni buat guna Joomla!. Sepatutnya, dia guna function Export/Import yang ada dalam phpMyAdmin dan sava as .sql. Lagi senang.

Nak dijadikan cerita, aku kena siapkan portal ni for sake of my supervisor sebab dia nak present hari Jumaat (3 hari lepas tu). So, dia bagi semua functionalities dan content apa nak dimasukkan. Aku buat la start hari Selasa malam Rabu and semua ready dalam localhost hari Rabu pagi. Petang Rabu tu, aku gi present kat dia n dia puas hari (okla kerja satu hari).

Hari Khamis pagi, aku pergi jumpa dia sekali lagi, beli domain dan hosting. Pastu terus FTP semua files and folders kat bilik dia sebab bilik lecturer je port 21 tak kena block. Agak lama gak la nak upload semua sebab banyak gambar yang nak diupload.

Hari Jumaat pagi, aku configure site tu and the site up and running. Boleh view kat http://www.petronita-perak.com

Site ni memang simple dan aku macam tak percaya yang mamat yang sepatutnya deliver portal ni dah drag sampai 3 semester sedangkan walaupun crash, aku rasa boleh je masukkan content baru. Bukan banyak pun and aku conclude budak tu tak biasa dengan web development.

Renungan Bersama Sebelum Pilihanraya

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan. Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006 menyebabkan kenaikan harga barang bertambah buruk.

Polis mengganasi rakyat yang memprotes harga minyak (Ihsan Malaysiakini)

Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan subsidi minyak R̆.4 bilion setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah hati membelanjakan RM 6.7 bilion setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaik sahaja harga minyak dinaikkan, kadar inflasi melambung hingga 4.8 peratus di dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun. Pakar ekonomi di Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan harga minyak dan tarif elektrik memburukkan lagi inflasi.

2. Jenayah menjadi-jadi hingga Tun Hanif Omar pun rasa tidak selamat

Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat sehingga 45 peratus. Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”

(Ihsan Malaysiakini)

Dalam tulisan bertajuk bertajuk “Crime and quality of life” dalam ruangannya “Point of View″ dalam Sunday Star, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, “Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur″.

Perdana Menteri tidak pernah menafikan dakwaan Malaysia Today bahawa beliau takut kepada gabungan “unholy trinity” iaitu Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR. “Unholy trinity” pula digambarkan oleh laman berita itu sebagai diikat habis tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai system maklumat berkomputer polis.

3. Dr M gambarkan BN penuh dengan tunggul mati yang korup

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi pemimpin “korup dan tunggul mati″ apabila Malaysiakini melaporkan mengenai misi beliau dalam pilihan raya umum iaitu ‘membersihkan’ kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno.

Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan undi calon-calon yang korup dan tidak cekap kerana “inilah cara kita dapat bersihkan… BN dan Umno”.

Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

4. Dr M kata kerajaan BN jadikan Malaysia lembik dan bacul

(Ihsan Maverick SM)

Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara
dan, seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006, negara dijadikannya lembik dan
bacul (half-past-six country which has no guts).

5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak

“Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong,” tegas Dr
Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain,
Amerika Syarikat dan Australia.

Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu
kaki tidur waktu kerja.

“Tempoh tumpuannya (Abdullah) sangat singkat dan semua orang memberitahu
saya … bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan
kepadanya … Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau apa yang hendak dilakukan,” kata Dr Mahathir.

Ketika ditemubual majalah Off The Edge, Dr Mahathir mengingatkan rakyat
Malaysia bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak
bijak, menjatuhkan maruah negara serta menyebabkan negara hilang harga
diri, hak, kebebasan, kemerdekaan manakala kerajaan pula hilang kewibawaan.

Dalam temubual yang disiarkan oleh Malaysiakini, ketika ditanya adakah
Perdana Menteri boleh dianggap tunggul mati, Dr Mahathir tidak
menafikannya. Beliau hanya berkata: “Saya tidak tahu apa pandangan saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya”.

6. Dr M kata Khairy lebih berkuasa dari PM

Sehingga kini, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Timbalan
Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Kalimullah Masheerul Hassan masih menikus terhadap cabaran bekas Setiusaha Politik Dr Mahathir,
Mathias Chang yang mencabar untuk berdebat bahawa mereka tidak meletakkan
Perdana Menteri di bawah kawalan mereka dan mempengaruhi keputusannya.

Mathias juga mencabar Khairy dan Kalimullah mengisytiharkan aset mereka
sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan sekarang.

(Ihsan Maverick SM)

“Saya dengar kata di tingkat empat (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke, siapa ada, ada ofis boy ke … dari Oxford,
dari Cambridge,” kata Dr Mahathir merujuk kepada sekumpulan kakitangan muda
yang dikatakan oleh sumber dalaman Umno sebagai berkhidmat kepada Khairy.

“Tingkat empat ni boleh telefon siapa saja dan nasihat untuk buat benda
yang baik. Sebab tu hari ini kita tengok semuanya baik-baik belaka. Tingkat
lima Perdana Menteri duduk. (Tingkat empat) lebih berkuasa dari tingkat lima sebab dia lebih pandai. Tingkat lima tak pi Oxford”.

Perdana Menteri pernah menafikan beliau tunduk kepada pengaruh Khairy.
Bagaimanapun, apa yang diceritakan Timbalan (II) Ketua Pengarang Kumpulan

The Star, Datuk Wong Chun Wai bertentangan dengan dakwaan Perdana Menteri,
yang pernah menyatakan beliau “kelihatan lesu dan tidak tahu membuat
keputusan” (The Star, 20/5/2006).

Menurut Wong, pada 25 Disember 2003, beliau menyampaikan “Christmas wish”nya kepada Khairy. Wong memberitahu Khairy bahawa beliau ingin melihat
pasukan polis yang bersih dan direformasikan. Selepas itu, pada 29 Disember
2003, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil
bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang
berwibawa dan dihormati.

7. Dr M seru rakyat Kelantan jangan percaya janji BN

Membayangkan kerajaan BN pembohong, Dr Mahathir menyeru rakyat Kelantan
supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh kerajaan pusat yang
berjumlah R̅ billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan.

Sebaliknya beliau meminta rakyat Kelantan bertanya, mana duitnya? Tunjukkan
dahulu duit tersebut!

Bekas Pengerusi BN itu juga dilaporkan berkata, sekiranya ketewasan Umno
adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan Umno sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi
undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.

(Ihsan Sheih)

Ketika bekas Presiden Umno itu membuat kenyataan tersebut, Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dengan Dr Mahathir dan duduk sebelah menyebelah.

Bukan itu sahaja, Dr. Mahathir memberi ucapan supaya rakyat menolak
kepimpinan Perdana Menteri di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh sendiri!

Sebab itulah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan
kenyataan Dr Mahathir yang memberi mesej secara yang menggambarkan rakyat
wajar terus memberi sokongan kepada PAS di Kelantan.

8. Dr M kata ‘Patrick Badawi’ perintah Terengganu

Dr Mahathir menegaskan, bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh
menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya ,
Patrick Lim.

“Patrick Lim ini ialah Patrick Badawi,” akhbar Singapura, The Straits Times
23 September 2006 memetik Tun Dr Mahathir sebagai berkata.

“Ini adalah Perlembagaan baru yang telah diubah tanpa pengetahuan Parlimen.

Perlembagaan baru berkata menantu dan Patrick Lim sedang memerintah
Terengganu,” sindir bekas Perdana Menteri.

Benarkah rakyat Terengganu menolak kerajaan sendiri dan mengangkat
pemerintahan Patrick Lim? Menurut Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa, pertambahan pengundi baru antara 1999 hingga 2004 ialah 68,585 orang. Dalam
pilihan raya 2004, Undi Barisan Alternatif (BA) merosot sebanyak 9,103 undi
tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999.

“Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi
BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi
rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

“Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang!”
kata beliau. Bagaimana dinafikan wujudnya penipuan?

9. ECER akan sapu tanah rezab Melayu.

(Ihsan Maverick SM)

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan untuk mengambilalih 66,736
km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER. Pemilik-pemilik
tanah rezab Melayu di dalam ECER hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam sebuah badan
yang didakwa “badan amanah”. Kedua, menjualkan terus kepada badan yang
didakwa “badan amanah itu″.(The Edge Daily 24 September 2007)

10. WPI untuk Singapura, gugat Islam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: “Kenapa kita harus
bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun WPI? KaIau
pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.

“Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya
sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan
diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu
mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI
akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.

“Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika
kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan
berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk

Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang
Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu″.

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pula
melaporkan: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara
sepatutnya. Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita
mewujudkan WPI.

Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana
Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)
mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Semua itu adalah idea Perdana Menteri. “Let me stress that this is my idea.
It did not come from anyone else. It is my own vision and plan to create
this super corridor in south Johor to make it the nation’s premier growth centre,” NST memetik beliau berkata.

11. Dr M minta siasat PM kerana skandal minyak

Skandal Oil for Food yang menzalimi rakyat Iraq yang dihimpit kemiskinan
dan kelaparan disifatkan oleh wartawan Fox News, Fred Barnes sebagai “skandal terbesar dalam sejarah manusia”.

Dr Mahathir berkata: “Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya tidak tahu
perkara tersebut … hanya selepas saya melepaskan jawatan, laporan
tersebut dibuat.

“Apa yang penting bukan sama ada beliau merupakan penerima atau tidak,
tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri - atau sesiapa yang memegang
jawatan dalam kerajaan - tidak wajar terlibat dalam mana-mana transaksi komersil. Nampaknya, dia turut terlibat.

“Sejauh mana dia turut terlibat saya tidak tahu…tetapi saya fikir,
sepatutnya suatu siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas, bukan oleh
mereka yang di bawah Perdana Menteri”.

Malaysiakini melaporkan, dua orang yang terlibat secara langsung dalam
transaksi Oil for Food itu ialah bekas ipar Allahyarham Datin Seri Endon
Mahmood, Faek Ahmad Shareef dan adik Endon, Noorasiah.

Abdullah menulis surat yang menyokong perniagaan kedua-duanya di daalm skandal Oil for Food itu.

12. PM langgar garis panduan JPM, lepaskan harta kerajaan

Perdana Menteri melanggar garis panduan JPM apabila saham Pantai Holdings sebesar 31 peratus “dipersembahkan” kepada Parkway Holdings dari Singapura dengan harga RM312 juta sahaja. Skandal itu pernah dilaporkan oleh Malay
Mail (19 Disember 2005).

Mengulas skandal itu, Husam berkata: “Lebih menyedihkan lagi, penjualan saham Pantai kepada pihak Singapura sebanyak 31% itu bercanggah dengan garis panduan penggabungan dan pengambil alihan milik yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perdana Menteri sendiri bertarikh 21 Mei 2003 lagi. YAB, maafkan saya, sebenarnya telah melanggar garis panduan Jabatan Perdana Menteri sendiri berkait dengan fasal-fasal 4.3, 6.3 dan 7.3. Bagaimana ini boleh
berlaku?”

Bukan setakat itu sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga melepaskan syarikat-syarikat strategik negara ini untuk diambilalih oleh syarikat-syarikat Singapura sehingga ke peringkat yang parah dan akan
memusnahkan negara ini. antaranya termasuk pengambilalihan Pantai oleh Parkway pembelian sebahagian kepentingan AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian Plantations
Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan,
Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

13. Dr M tanya macam mana Khairy jadi jutawan segera?

ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang tidak terkenal
sebelum ia mengambil alih Avenue Capital. Manakala Avenue Capital pula ialah syarikat merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF
Inc.) di mana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang
bertanggungjawab.

MyKMU.Net melaporkan:

Avenue (untuk setahun hingga 31-1-2006)
Shareholders’ Fund (Jumlah Capital): RM673 juta (pada 31/1/2005)
Revenue: RM78.1 juta
Profit Before Tax (PBT): RM56.6 juta
Earning per Share (Basic EPS): 6.89 sen sesaham
Net Tangible Asset Per Share: 92.6 sen sesaham

1-year Profit Growth (PBT): +78.8%

ECM Libra (setahun hingga 31-12-2005)
Shareholders′ Fund (Jumlah Capital): RM578.3 juta (pada 30-3-2005)
Revenue: RM44.8 juta
Profit Before Tax (PBT): RM17.7 juta

Earning per Share (Basic EPS): 3.74 sen saham
Net Tangible Asset Per Share: 1.34 sen
1-year Profit Growth (PBT): -45.9%

Cuba bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan
keuntungan, saiz modal dan sokongan aset setiap saham antara kedua-dua syarikat ini. Jelas Avenue lebih dari semua segi.

Sebab itulah, apabila kedua-duanya bergabung sebaik sahaja Khairy mempunyai
kira-kira RM9.2 saham dalam ECM Libra, penggabungan itu disifatkan sebagai
“ular lidi” menelan “naga”.

Apabila ditanya adalah beliau meluluskan cadangan penggabungan ECM Libra
dan Capitral Avenue yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Yang
Diperbadankan (MOF Inc.), The Star 20 Januari 2006 memetik Perdana Menteri berkata: “I am not involved in any way. I don’t know” (Saya tak terlibat
sama sekali. Saya tak tahu).

(Ihsan Nat)

Bagaimana Khairy menjadi jutawan segera? Khairy mendakwa dia meminjam duit kawan untuk membeli saham dalam ECM Libra. Tetapi, dia tidak menjawab
pertanyaan Dr Mahathir: “Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak.
“Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu
bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam R̋ juta nak beli saham ECM-Libra.

“Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam R̋ juta…kalau boleh dapat”.

Lebih pelik lagi, dalam jawapan kepada peguam yang mewakili Matthias Chang;
Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen berkaitan penggabungan ECM Libra and Avenue
Capital Resources “tidak terdapat dalam simpanan (possession), jagaan atau
kawalan Kementerian Kewangan”.

14. Anak PM juga jutawan segera

Dalam masa hanya beberapa bulan sahaja Abdullah menjadi Perdana Menteri,
anaknya Kamaluddin diisytihar sebagai antara 10 tokoh perniagaan Melayu
terkaya di negara ini, dengan aset lebih RM320 juta.

Abdullah pernah menyatakan bahawa anak-anak Dr Mahathir menerima manfaat yang jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh Scomi. Kenyataan Abdullah
itu dengan sendirinya mengakui bahawa syarikat yang dikuasai anaknya juga menerima manfaat dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

15. PM cakap tak serupa bikin

Perdana Menteri yang mengarahkan wakil-wakil rakyat dan keluarga mereka
mengisytiharkan harta membuat kenyataan yang menghalang harta anak menantunya diisytiharkan. Beliau menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.

‘’Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,'’ kata Perdana Menteri.

16. Malaysia tercorot dalam senarai demokrasi terencat

Malaysia dapat nombor corot, nombor 81, dalam senarai demokrasi terencat
(Democracy Index 2007). Tercorot dalam senarai demokrasi terencat. Bukan demokrasi sihat.

Pembaziran Wang Rakyat

Berikut adalah senarai jumlah ‘pembaziran′ projek mega:

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM 3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion
“Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya?

Untuk tempoh 22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah R𒸦 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 bilion.

Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS - RM 8,390,000.00
3. Kompleks Brickendonbury di London - RM 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 - RM 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM 257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta - RM 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000 x 1,800,000 - tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine - RM 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ - RM 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) - RM 6,750,000,000.00

My vCard


opy_12.png);">