You are browsing January, 2008
Sambung Belajar

Ya, aku dah masuk sambung belajar balik lepas habis internship. Waduh, letih bekerja tak habis lagi. Nak kena hantar weekly dan final report lagi.

Setiap semester, macam biasa mesti 6 subjek kena ambil. Cuma yang berbeza, 3 daripada 6 tu subjek major. Kena study lebih ni. Tambahan pula kena buat Final Year Project. Tajuk dah dapat dari lecturer yang datang evaluate aku time oral presentation untuk internship. Disebabkan bidang yang aku buat intern berkait rapat dengan web development, dia bagi satu tajuk untuk web based project + berkaitan dengan health. Memang membuatkan aku gembira sebab aku baru je terima satu projek untuk buat site Ministry of Health (MOH) sebagai programmer.

Macam mana aku dapat project tu? Ada dua sebab. Pertama, sebab aku pernah terlibat dengan development untuk site JPS. Dan kedua aku pengguna Xoops. Pihak MOH mahu satu site menggunakan Xoops kerana adminstration Xoops ni senang nak dikendalikan. Jadi, inilah oppurtunity aku nak cari duit lebih.

Nampak gayanya bertambah perlahanlah updates site ni. Aku harap maaf semua.

Tamatlah Intern

Semalam merupakan hari terakhir aku berintern di Esmology Sdn Bhd, sebuah syarikat yang main businessnya ialah offshore company formation dan minor businessnya e-commerce dan web development. Aku terlibat sepenuhnya dengan e-commerce dan web development.

Pengalaman berintern memang tidak dapat dilupakan. Walaupun aku keseorangan berintern sedangkan rakan-rakan lain berkumpul di KLCC, tapi aku puas hati sebab memang aku banyak belajar technical skill sepanjang 8 bulan ini. Cuma apa yang lacking di sini ialah, aku tak dapat merasai work environment, leadership dan teamwork.

Masa bekerja aku dari pukul 11 pagi hingga 7 mlm. Dengan hanya 5 staff di office, mungkin agak bosan sebab mereka mempunya team di USA, Hong Kong dan Switzerland. Jadi, di Malaysia staff hanya terdiri daripada trainee. Kami tidak dapat merasai suasana leadership di sini.

Walau apapun, semalam aku diraikan. Mereka appreciate juga aku sebagai trainee. Aku ucapkan terima kasih. Satu lagi, aku dapat full allowance untuk bulan ni, sedangkan aku hanya kerja untuk satu minggu. Aku juga ditawarkan part time job untuk setahun sebelum tamat belajar dan selepas setahun, aku ada 6 bulan masa menganggur sebelum graduation. Meraka offer a placement untuk aku bekerja dengan mereka selama 6 bulan. Mereka inginkan aku bekerja terus di sana, tapi aku terikat dengan kontrak Petronas.

Aku boleh dikatakan agak lega sekarang sebab aku sebenarnya hanya nak buktikan kepada mak aku yang IT student tak akan menganggur jika ada technical skill. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu untuk buktikan pada mak aku.

Kurang Update, Blog Baru

Mungkin anda perasan, saya kurang aktif sejak kebelakangan ini. Saya sedang mengusahakan satu blog/site baru berkaitan dengan Anime.

Anime Download

Anda boleh layari http://anime.erzwan.com http://www.animedownloadonline.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Site ini menyediakan Streaming dan juga Direct Download untuk anime. Bahagian streaming boleh dikatakan 90% siap dan saya dalam proses untuk mengumpul link untuk bahagian Direct Download.

My vCard


opy_12.png);">