You are browsing November, 2007
Faster Than Ever, Aplikasi Launcher
FTE

Aplikasi ‘launcher’ semestinya menjadi pilihan kepada pengguna PC yang memiliki banyak aplikasi dalm PC mereka. Satu lagi, aplikasi ini hanya menggunakan kurang daripada 4MB memori komputer anda dan antaramuka yang amat simple. Ia dikenali sebagai Faster Than Ever, ataupun FTE.Terdapat dua jenis antaramuka yang disediakan iaitu klasik dan satu lagi boleh dikatakan kool. Screenshot seperti di atas. Tidak seperti aplikasi launcher lain, FTE tidak menyediakan senarai. Anda perlu taip permulaan nama untuk aplikasi yang ingin anda buka. Satu senarai akan keluar dan anda boleh pilih aplikasi mana yang ingin dibuka.

Buang Task dengan Pantas

Saya percaya ramai d antara kita yang akan buka ‘Task Manager’ akhirnya jika bengang aplikasi tiba-tiba terhenti ataupun ingin lihat program apa yang makan memori terlalu banyak. Penggemar ‘Task Manager’ sudah tentu tergila-gilakan program percuma ini. Hehe.Kill TaskAplikasi ini dipanggil Task Killer, dan ia akan masukkan satu ikon pada ‘System Tray’ anda yang akan menyenaraikan segala proses dan program yang sedang berjalan dengan hanya satu klik. Dan mungkin dua klk jika anda ‘enable’ fungsi "prompt before terminating" .

Salah satu fungsi yang best dalam aplikasi ini ialah anda boleh ‘assign hotkeys′ untuk lihat proses / program / servis / tetingkap yang sedang berjalan. Jadi, anda tidak perlu klik ikon pada ‘System Tray′ Anda juga boleh set proses mana yang tidak perlu disenariakan. Jadi anda tidak akan tersalah ‘bunuh′ mana-mana proses.

Task Killer (perlu di′install’, dan ‘compatible’ dengan Vista walaupun tidak dinyatakan dalam site mereka, saya dah cuba)

Efek Fisheye Halang Pengguna Mendaftar

Lepas hampir seminggu saya menggunakan tema baru ini (Vista + iMac), saya agak hairan kenapa tiada pengguna mendaftar. Apa silapnya dengan tema baru ni. Sedangkan tema baru ni Firefox dan IE compatible. Akhirnya saya tahu mengapa tiada pengguna mendaftar, sebab mereka tak mampu untuk mendaftar. Lucu kan? Mereka tak boleh klik butang ‘Submit’ untuk mendaftar kerana dihalang ‘fisheye effect’ pada bahagian bawah site ini.

Semasa mula-mula implement effect ni, saya terlalu excited dan tidak hiraukan effect tersebut membawa masalah lain.

Email @live.com Sudah Dibuka, Tapi…

Email @live.com yang ditunggu-tunggu sudah tiba, anda boleh mendaftar di sini tapi anda mungkin boleh dikatakan bernasib baik jika dapat alamat email yang anda inginkan.
Jika nickname kegemaran anda masih available, anda mungkin akan berdepan masalah semasa proses mendaftar:

Register live.com Email

Pilihan yang ada ialah - teruskan refresh hingga Microsoft selesaikan masalah berkaitan Windows Live ID sign-up.

Windows Live Writer 2008 Tidak Lagi Beta

Microsoft baru sahaja release satu installer baru untuk Windows Live yang akan mengemaskini status  Windows Live Writer 2008 kepada versi bukan beta.

Link muat turun untuk installer Windows Live yang baru ini anda boleh dapatkan di sini. [exe 2.4 MB]

Windows Live Writer

Dengan installer ini juga akan selesailah masalah install yang berlaku pada installer sebelum ini. Begitu juga untuk64bit Vista.

Jika anda berdepan masalah untuk install program baru Windows Live program ini, Microsoft cadangkan anda buang Windows Live yang lama menggunakan uninstaller ini.

My vCard


opy_12.png);">