Pulau Batu Putih Milik Singapore, Middle Rocks Dapat Kat Malaysia

Info yg agak lengkap utk dikongsi bersama~

- bahawa Singapura memiliki Pulau Batu Puteh
- bahawa Malaysia memiliki Middle Rocks
- bahawa South Ledge dimiliki negara yang wilayahnya merangkumi pulau tersebut (pada waktu air surut) - Pulau batuan ini hanya timbul pada waktu air surut

Krisis antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam membuat tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih seluas 0.2 hektar yang sebesar dua padang bola sepak itu adalah krisis yang memakan masa hampir 28 tahun.

Selama itu jugalah kedua-dua jiran ini bertegang urat dan leher dan sampai satu masa yang tegang bila mana dikhabarkan kedua-dua negara hampir berperang kerana adanya dakwaan pencerobohan.

Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmi baru, yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dalam perairan laut wilayahnya. Manakala jarak Pulau Batu Puteh ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebih dari 12 batu nautika. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor.

Pihak Singapura pula hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut.

Alasan Malaysia berdiam diri

Singapura banyak berhujah tentang sikap kerajaan dan rakyat Malaysia yang berdiam diri. Taktik ‘pengantin perempuan Melayu’ ini digunakan oleh Singapura secara habis-habisan. Rakyat dan kerajaan yang bersuara dan membantah dianggap mendapat hak yang lebih. Sebelum 1979 memang Malaysia tidak pernah ‘berdetik’ tentang pembinaan dan pentadbiran Rumah Api Horsburgh ini.

Oleh kerana Malaysia sebagai ‘anak tiri’ British yang pasif sedangkan Singapura ‘anak angkat’ British yang agresif, Singapura mendakwa berhak menjadi pewaris sah pulau-pulau peningalan Empayar British itu. Dalam sistem demokrasi Barat, kumpulan yang banyak bersuara akan mendapat lebih banyak.

Setakat pacak dan mengibarkan bendera tidaklah bermasalah sangat bagi Malaysia. Empayar British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris pernah mengibarkan bendera mereka. Singapura juga mengibarkan bendera Singapura di pulau Batu Putih. Malaysia juga pernah mengibarkan bendera Malaysia di Woodland, Singapura dan di stesen keretapi Tanjung Pagar.

Alasan pentadbiran Rumah Api Horsburgh

Rumah api yang khusus untuk membantu pelayaran kapal dagang di Pulau Batu Puteh tidak diperlukan pada zaman Melaka atau zaman kerajaan Johor-Riau. Tetapi rumah api Tanjung Tuan di sempadan Melaka-Negeri Sembilan telah wujud sekian lama untuk membantu kapal berlabuh di Pelabuhan Melaka. Bukit Melaka (Bukit St. Paul) sendiri mempunyai ‘rumah api’.

Kerajaan Portugis dan Belanda di Melaka tidak pernah membina rumah api di Pulau Batu Puteh. Istilah ‘Pedra Branca’ merupakan istilah Portugis kerana ahli pelayaran Portugis memang aktif dan bijak dalam aktiviti pemetaan / kartografi seluruh dunia.

Hanya kerajaan Negeri-negeri Selat yang merasakan keperluan membina rumah api di Pulau Batu Puteh mulai 1847. Banyaknya kemalangan kapal dagang dan aktiviti lanun yang berleluasa di kawasan itu memerlukan sebuah rumah api dibina. Jika tidak lebih banyak kapal dagang akan terlanggar batu karang sekitar Pulau Batu Puteh.

Alasan empayar

Jelas sekali Portugis, Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Puteh. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti, dokumen, surat-menyurat, pentadbiran pulau itu oleh Empayar British.

Secara analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau, Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Alasan jarak

Daratan yang paling dekat Pulau Batu Puteh / Pedra Branca ialah Johor, Malaysia. Jaraknya hanya 7 km. Sedangkan jarak dengan Singapura 22 batu nautika.

Terra Nullius

Terra Nullius ialah tempat tidak dituntut oleh negara berdaulat yang disahkan oleh kuasa Barat - “unclaimed by a sovereign state recognized by European powers”. Terra nullius. Singapura menyatakan Pulau Batu Puteh seluas padang bola sepak itu tidak berpenghuni, rakyat Malaysia tidak menghuni pulau itu sejak sekian lama. Oleh itu Singapura berhak menuntut pulau itu.

Sebaliknya Malaysia mendakwa pulau itu bukanlah terra nullius. [5]Ini kerana pulau itu menjadi tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun . Malah perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia , Johor. Jika mereka tidak berlindung di Pulau Batu Puteh, bot nelayan akan hanyut ke Pulau Bintan, Indonesia untuk mendapatkan sebarang bantuan, tentunya lebih sukar.

Pada 1621 dalam carta ahli pelayaran China, Wubei Zhi mencatatkan saudagar China menamakan pulau ini sebagai ‘Pia Chiao’. Ini menunjukkan pulau ini penting dan bukanlah Terra Nullius.

Artikel 1843 ada menyatakan kegiatan lanun yang merujuk kepada Batu Puteh. Begitu juga peta 1928, jelas sekali dinamakan sebagai ‘Batu Puteh’.

Saiz pulau itu amat kecil untuk Malaysia menjalankan aktiviti bagi menyaingi aktiviti Singapura. Separuh dari pulau itu telah dipenuhi dengan rumah api dan kemudahan sampingan. Adakah Malaysia perlu membina sebuah lagi rumah api di situ sebagaimana kehendak Singapura?

Ini yg sempat aku extract.. ade lagi criter2 die, tapi point ni aku rase yg agak bagus utk di fahami kenape perebutan ini berlaku. kalah kepada singapore laa kite nih… nasib Iskandar Malaysia bagaimana selepas ini???

Test Claim Technorati

Technorati Profile

62 Tahun RTM Tak Bertudung

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.

RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam.

Saya merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.

RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu.

‘Fitna’ Belanda vs ‘Akhirat’ Malaysia

My vCard


opy_12.png);">